Wednesday, July 15, 2009

Syukurlah !

Agakkenapa kita wajib bersyukur atas apa kelebihan dan kekurangan yang dikurniakan Tuhan? Ini kerana, kalau kita rasa diri kita dah cukup hensem atau cun, ramai lagi yang lebih cun. Tak caya usyalah Oh! Cun. Kalau kita rasa diri kita ni tak hensem atau tak lawa, ramai lagi yang lebih tak hensem dan tak lawa. At least kita mempunyai fizikal yang cukup sempurna. Alhamdulillah







Friday, July 10, 2009

Mentari !



Teknologi semakin canggih. Matahari pun dah boleh zoom jarak dekat. Dekat tak dekat juga lah. Lagi 5000 KM. Hehehe. Suatu hari nanti mungkin boleh la kot Zoom sampai jarak 1 cm. Banyak la mata yang buta nanti (kaki zoom tu).

Anyway, bila lihat gambar begini rasanya berapa panas api tu ya? Teringat plak pasal warna api neraka, dari merah, dibakar 1000 tahun, tukar putih, dibakar 1000 tahun lagi, terus tukar warna hitam. masya Allah, tengok tu warna hitam… yg itulah part paling panas.

Sunday, June 28, 2009

Bangkai semut yang masuk dalam minuman, apa hukumnya meminum air tersebut?













Orang kata, air yang dimasuki semut ni jika diminum bersama-sama semut tersebut, orang yang meminum’nya juga akan menjadi bodoh seperti semut. Tapi semut tu bodoh ke? Semut lebih bijak dari serangga lain sebenarnya. Apapun jom la kita tanya ustaz yang lebih mengetahui apa hukum minuman yang dimasuki semut dari pandangan Islam.

.
Bangkai semut yang masuk dalam minuman, apa hukumnya meminum air tersebut?

Jawapan:
Semut adalah binatang yang tidak mengalir darahnya. Bangkai semut adalah najis yang dimaafkan. Namun, masuk semut pada minuman itu, hukumnya ada 2 keadaan:

1) Semut masuk dalam keadaan sudah mati
Semut itu sudah menjadi bangkai tetapi jika masuk atas ikhtiar manusia, seperti memasukkan gula yang ada bangkai semut, maka air itu najis, tidak boleh diminum. Kalau masuk bukan ikhtiar manusia, contoh seperti ditiup angin selagi tidak mengubah sifat air, maka boleh diminum dengan syarat membuang dulu bangkai semut itu.

2) Semut masuk dalam keadaan hidup
Jika semut itu mati sendiri di dalam air, atas sebab ikhtiar manusia, maka air itu najis dan tidak boleh diminum. Ini boleh berlaku kerana air itu ditapis atau memasukkan gula yang ada semut, atau memasukkan air yang di dalam cawan mengandungi semut. Jika bukan dengan ikhtiar manusia, seperti ia masuk dengan sendirinya atau ditiup angin, maka tidak najis dan boleh diminum dengan syarat bangkai semut itu dibuang dahulu.

Wallahua’lam




 

Copyright 2011 All Rights Reserved M Idham by M Idham Hak Cipta Terpelihara dari syaridzhyko dot com