Saturday, July 25, 2009
(Gambar) Michael Jackson Autopsy Photo - Transformers
Transformasi Wajah Jacko dari Hitam sampai la ke Putih melepak





Mungkin ramai yang dah perasan akan perubahan transformasi wajah Allayarham Mikaeel (Michael Jackson) ni kan sejak dia dari seorang yang berkulit hitam sampai la jadi berkulit putih. Over plak tu bila putih dah melebihi orang putih sendiri. Maaf, entri ini langsung tidak berkaitan dengan filem Transformers: Revenge of the Fallen ok..
. Satu dalam sejuta je manusia yang mampu men’transform’kan diri sampai begitu hebat sekali.
Video di bawah semasa Michael Jackson membuat konsert di Kuala Lumpur beberapa tahun dahulu. DI awal video, kita boleh saksikan betapa hebat’nya sokongan dari peminat buat MJ. Ada yang menangis, dan ada yang sampai pengsan wa cakap sama lu.. fuh!
Wednesday, July 15, 2009
Syukurlah !

Agakkenapa kita wajib bersyukur atas apa kelebihan dan kekurangan yang dikurniakan Tuhan? Ini kerana, kalau kita rasa diri kita dah cukup hensem atau cun, ramai lagi yang lebih cun. Tak caya usyalah Oh! Cun. Kalau kita rasa diri kita ni tak hensem atau tak lawa, ramai lagi yang lebih tak hensem dan tak lawa. At least kita mempunyai fizikal yang cukup sempurna. Alhamdulillah

Friday, July 10, 2009
Mentari !


Teknologi semakin canggih. Matahari pun dah boleh zoom jarak dekat. Dekat tak dekat juga lah. Lagi 5000 KM. Hehehe. Suatu hari nanti mungkin boleh la kot Zoom sampai jarak 1 cm. Banyak la mata yang buta nanti (kaki zoom tu).
Anyway, bila lihat gambar begini rasanya berapa panas api tu ya? Teringat plak pasal warna api neraka, dari merah, dibakar 1000 tahun, tukar putih, dibakar 1000 tahun lagi, terus tukar warna hitam. masya Allah, tengok tu warna hitam… yg itulah part paling panas.
Sunday, June 28, 2009
Bangkai semut yang masuk dalam minuman, apa hukumnya meminum air tersebut?
.Bangkai semut yang masuk dalam minuman, apa hukumnya meminum air tersebut?

Jawapan:
1) Semut masuk dalam keadaan sudah mati
Semut itu sudah menjadi bangkai tetapi jika masuk atas ikhtiar manusia, seperti memasukkan gula yang ada bangkai semut, maka air itu najis, tidak boleh diminum. Kalau masuk bukan ikhtiar manusia, contoh seperti ditiup angin selagi tidak mengubah sifat air, maka boleh diminum dengan syarat membuang dulu bangkai semut itu.
2) Semut masuk dalam keadaan hidup
Jika semut itu mati sendiri di dalam air, atas sebab ikhtiar manusia, maka air itu najis dan tidak boleh diminum. Ini boleh berlaku kerana air itu ditapis atau memasukkan gula yang ada semut, atau memasukkan air yang di dalam cawan mengandungi semut. Jika bukan dengan ikhtiar manusia, seperti ia masuk dengan sendirinya atau ditiup angin, maka tidak najis dan boleh diminum dengan syarat bangkai semut itu dibuang dahulu.
Wallahua’lam

























